myklikers.net

Bengkel Lanjutan Kelab Sahabat Foto Budaya

Seni Tarian Tradisional

Budaya atau kebudayaan mempunyai talian yang erat dengan masyarakat. Kebudayaan sebenarnya adalah struktur nilai yang ada dalam setiap kaum dan etnik dan diwarisi dari turun temurun. Di Malaysia, kita mempunyai pelbagai jenis kebudayaan tetapi malangnya kebudayaan kita semakin dilupakan.

Kelab Sahabat Foto Seni Budaya merupakan sebuah kelab yang didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 28hb November 2008 yang mempunyai objektif dan misi untuk memperjuangkan kebudayaan melalui fotografi. Pada 16 dan 17 Mei, Kelab Sahabat Foto budaya telah mengadakan Bengkel Lanjutan Foto Seni Budaya yang bertempat di Perpustakaan Awam Shah Alam, Selangor. Seramai 78 orang peserta hadir dan kami juga tidak ketinggalan untuk turut serta.

Hasil kerja Myklikers mendapat komen yang baik dari Guru Che’ Ahmad Azhar dan Alhamdulillah gambar kami telah dipilih untuk menjadi gambar terbaik dan 10 gambar terbaik. Terima kasih Che’ Ahmad Azhar atas bimbingan dan nasihat.

Seni Tarian Tradisional
Seni Muzik Tradisional
Seni Muzik Tradisional
Seni Lakon Teater

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!





CommentLuv Enabled